Diskusi BKKIMM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» [problem] Teks tak muncul pada kotak chat YM
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptyThu Dec 23, 2010 6:13 am by ibnuismaini

» MANUSIA & KENTUTNYA
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptyTue Dec 07, 2010 1:15 am by silentintruder

» Teka-teki 4
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptySun Dec 05, 2010 5:54 pm by pelita

» Teka Teki 3
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptySun Dec 05, 2010 5:45 pm by pelita

» Akhlak
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptySat Nov 20, 2010 3:54 pm by lampustudy

» Terjebak: Salah guna ruang sembang
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptySat Nov 20, 2010 3:50 pm by lampustudy

» Di manakah berus gigi anda?
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptyThu Nov 04, 2010 8:47 pm by insan mulia

» Teka teki 2
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptyWed Nov 03, 2010 11:47 pm by ibnuismaini

» [photoshop] Font Kelihatan Terlalu Kecil
Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? EmptyMon Sep 27, 2010 6:18 pm by ibnuismaini

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya?

2 posters

Go down

Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? Empty Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya?

Post  lampustudy Wed Mar 03, 2010 11:08 pm

Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya?
Johari Jaafar

Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercumbu-cumbuan dengan teman lelaki bukan satu cerita yang aneh. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya.

Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru-baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh teman lelakinya berumur 27 tahun, yang juga Orang Kena Perhatian (OKP) oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betul lah kata orang tua tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa.

Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.

Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.

source : harakahdaily

comment : tugas kita sbg pendakwah perlulah digilap dr skrg..nanti bila dh pulang ke m'sia @ melaka khususnya....kitalah yg nk bimbing mereka yg masih 'hanyut dibawa arus sg melaka' tuh.. study
lampustudy
lampustudy
Super Moderators
Super Moderators

Posts : 29
MPoints : 172
Join date : 06/02/2010
Location : cairo,egypt.

Back to top Go down

Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya? Empty Re: Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya?

Post  muhsin Thu Mar 04, 2010 2:21 am

betul tu lampustudy.. Sad

muhsin
Exco BKKIMM
Exco BKKIMM

Posts : 6
MPoints : 109
Join date : 20/02/2010

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum