Diskusi BKKIMM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» [problem] Teks tak muncul pada kotak chat YM
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptyThu Dec 23, 2010 6:13 am by ibnuismaini

» MANUSIA & KENTUTNYA
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptyTue Dec 07, 2010 1:15 am by silentintruder

» Teka-teki 4
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptySun Dec 05, 2010 5:54 pm by pelita

» Teka Teki 3
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptySun Dec 05, 2010 5:45 pm by pelita

» Akhlak
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptySat Nov 20, 2010 3:54 pm by lampustudy

» Terjebak: Salah guna ruang sembang
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptySat Nov 20, 2010 3:50 pm by lampustudy

» Di manakah berus gigi anda?
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptyThu Nov 04, 2010 8:47 pm by insan mulia

» Teka teki 2
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptyWed Nov 03, 2010 11:47 pm by ibnuismaini

» [photoshop] Font Kelihatan Terlalu Kecil
Peraturan Umum Diskusi BKKIMM EmptyMon Sep 27, 2010 6:18 pm by ibnuismaini

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Peraturan Umum Diskusi BKKIMM

Go down

Peraturan Umum Diskusi BKKIMM Empty Peraturan Umum Diskusi BKKIMM

Post  uppbkkimm Sun Feb 07, 2010 1:37 pm

-----------------
A. PENGENALAN


1. Diskusi BKKIMM merupakan ruang bagi menghimpunkan komuniti Melaka yang sedang menuntut di Mesir mahupun yang telah menamatkan pengajian baik bidang pengajian Islam mahupun perubatan bagi membolehkan komuniti ini saling berbincang dan bertukar pendapat.

2. Sebarang isu atau topik yang tidak berkenaan, bertentangan atau tidak relevan dengan matlamat Diskusi BKKIMM akan diDELETE (dibuang) tanpa notis atau mengikut budi bicara pengendali Diskusi BKKIMM.

3. Setiap tulisan dan pendapat yang diutarakan dalam Diskusi BKKIMM adalah pendapat peribadi pendiskusi berkenaan dan pihak pengendali tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh mana-mana pendiskusi.


-------------------
B. ETIKA BERDISKUSI


1. Setiap pendiskusi wajib mematuhi adab-adab bermuzakarah (berdiskusi) sebagaimana yang disyorkan dalam Islam.

2. Sila ambil berat tatabahasa dan ejaan agar tidak berlaku salah faham. Penggunaan gaya bahasa SMS (cth: "r u on9 rite nw?") adalah tidak digalakkan!

3. Pendiskusi diminta menggunakan perkataan yang sopan, tidak mengandungi unsur menghina atau lucah di dalam tulisan mereka.

4. Pendiskusi dilarang mengetengahkan topik atau isu yang bermaksud atau yang membawa maksud mengajak, merujuk, menerangkan atau yang seumpama dengannya, yang melibatkan kegiatan atau fahaman yang diketahui benar-benar terpesong daripada ajaran Islam.

5. Artikel yang diambil daripada sumber lain (“copy” & “paste”), jika bukan hasil penulisan pendiskusi itu sendiri, perlu disertakan sumber artikel tersebut (alamat url dan sebagainya) serta nama (nama sebenar atau nama samaran) penulis artikel tersebut jika ada.

6. Dilarang meletakkan imej yang kurang sesuai samada yang mengandungi unsur menghina atau lucah.

7. Gunakan imagehosting (spt imageshack) untuk upload gambar bagi mengelakkan masalah gambar hilang.

8. Dilarang keras menimbulkan isu yang menyokong atau melawan, yang berkaitan dengan insan yang sudah meninggal dunia.

9. Komen/ respon/ pandangan mestilah berkaitan dengan topik dan bersesuaian dengan topik yang dibincangkan. Biar jelas dan bernas.

10. Mesej seperti "Ha'ah ek", "Betul tu", "No komen", "Hmmm…", "Ntahle…", kurang daripada 5 patah perkataan ataupun hanya mengandungi smilies tidak dibenarkan.


-----------------
C. HAK PENDISKUSI


1. Pendiskusi berhak menulis apa sahaja yang relevan dengan kategori isu yang disediakan dalam Diskusi BKKIMM.

2. Para pendiskusi berhak melaporkan sebarang pelanggaran peraturan oleh pendiskusi lain kepada pihak pengendali. Laporan hendaklah melalui Pesanan Peribadi (Private Message) sahaja.

4. Para pendiskusi berhak menegur pihak pengendali tertentu yang mana menurut pandangan pendiskusi tersebut, pengendali itu sendiri melanggar peraturan Diskusi BKKIMM. Teguran tersebut hendaklah melalui Pesanan Peribadi (PM) sahaja.


-----------------
D. HAK PENGENDALI


1. Pengendali berhak membuang mana-mana tulisan, topik, alamat url atau imej yang dirasakan tidak sesuai atau melanggar mana-mana peraturan Diskusi BKKIMM.

2. Pengendali berhak menegur, memberi amaran atau mengambil tindakan keras ke atas pendiskusi yang terang-terangan melanggar salah satu peraturan Diskusi BKKIMM.

3. Pengendali berhak mengubah, membuang, atau menambah mana-mana peraturan yang difikirkan sesuai pada bila-bila masa.

4. Pengendali berhak berdiskusi dalam Diskusi BKKIMM sama seperti pendiskusi lain.



----------------
p/s: Pihak pengendali Diskusi BKKIMM berharap agar pendiskusi dapat mematuhi peraturan Diskusi BKKIMM. Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
uppbkkimm
uppbkkimm
Admin

Posts : 6
MPoints : 310
Join date : 07/02/2010
Location : Cairo, Egypt

http://bkanmelaka.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum